Sabtu, 24 Mac 2018

14 Pemain JDT Dilepaskan, 9 Pemain Baru Dipanggil Cheng Hoe


14 Pemain JDT Dilepaskan, 9 tonggak Baru Dipanggil Cheng Hoe. Semalam selepas perlawanan persahabatan antarabangsan Malaysia vs Mongolia yang berkesudahan dengan seri 2-2. Jurulatih Malaysia, Cheng Hoe melakukan sedikit perubahan dalam team pasukan Negara yang nampak longlai bertemu dengan Mongolia..


14 Pemain JDT Dilepaskan, 6 tonggak Baru Dipanggil Cheng Hoe


14 Pemain JDT Dilepaskan, 9 Pemain Baru Dipanggil Cheng Hoe


Berikut admin kongsikan petikan dari Kosmo Online..

PETALING JAYA - Susulan keputusan seri 2-2 dengan Mongolia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa semalam, ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe mengambil keputusan drastik untuk melepaskan 14 pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) daripada skuad Harimau Malaya.

Bagi mengisi kekosongan itu, jurulatih berkenaan memanggil sembilan muka baharu bagi persiapan menentang Lubnan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Beirut, Selasa depan.

Bekas jurulatih Kedah itu berkata keputusan melepaskan pemain JDT itu adalah atas kehendak peminat bola sepak negara selepas beliau didakwa mengamalkan  pilih kasih.

"Sebelum perlawanan dengan Mongolia, kami barisan jurulatih telah memilih barisan pemain yang kami rasa terbaik dalam Malaysia dan selepas  perlawanan seri itu, saya rasa banyak orang kata kami pilih kasih dengan menurunkan 90 peratus pemain JDT," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sesi latihan pusat Harimau Malaya di padang Wisma FAM, dekat sini, hari ini.



Beliau berkata keputusan itu (melepaskan pemain JDT) telah dimaklumkan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Bernama


9 Pemain Baru Dipanggil Cheng Hoe

Pemain baru dipanggil merupakan proses penggiliran pemain bagi memberi peluang kepada mereka diturunkan untuk perlawanan berikutnya bertemu Lebanon pada 27 Mac dan Nepal pada 1 April..

Antara tonggak baru dipanggil adalah..

Zaquan Adha Abd Radzak (Kuala Lumpur)
Shahrel Fikri Fauzi (PKNP)
Jafri Firdaus Chew
Shahril Saari (PKNS)
Nor Hakim Hassan
Nazirul Naim Che Hashim
Syazwan Zaipol Bahari (Perak)
Syawal Nordin (Kedah)
Kogileswaran Raj (Pahang)


Nantikan perubahan yang aan berlaku pada squad Negara dalam next game nanti..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan