Saingan 4 Penjuru Presiden KAFA. Pada 17 September ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengadakan pertandingan merebut jawatan Presiden. Dijangkakan akan ada persaingan 4 penjuru antara dua Naib Presiden Kafa, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Datuk Rosmadi Ismail, Pengarah Urusan Chengal Jati Sdn Bhd, Datuk Ir Shaari Hassan serta ahli perniagaan, Bibi Ramjani Ilias Khan..
Saingan 4 Penjuru Presiden KAFA
Selepas bekas presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa menarik diri, kini pilihan terarah pada empat calon tersebut.
Mengikut laporan dari Sinar Harian..
Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor berkata, pencalonan bagi kesemua jawatan tertinggi termasuk ahli eksekutif badan induk itu diperoleh sebaik sahaja tempoh pencalonan berakhir 5 petang, Ahad lalu.
“Bagi jawatan timbalan presiden, seramai empat orang dicalonkan manakala kuota tiga naib presiden tampak sengit dengan pencalonan 13 individu terdiri dalam kalangan tokoh korporat, ahli politik, pegawai tadbir dan sebagainya.
“Begitu juga perebutan jawatan ahli eksekutif Kafa turut menyaksikan 30 orang dicalonkan untuk mengisi kekosongan 10 kerusi tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan media semalam.
Menurutnya lagi, kesemua individu yang dicalonkan perlu menandatangani borang pengesahan penerimaan pencalonan sebelum jam 5 petang, pada 14 September ini.
“Sekiranya gagal berbuat demikian, pihak Sekretariat Kafa menganggap calon tidak berminat dan pencalonan mereka secara automatik ditolak.
“Bagi calon yang telah membuat pengesahan, mereka boleh menarik diri daripada bertanding tetapi sebelum tarikh berkenaan berakhir,” katanya.
Kongres Kafa bagi memilih barisan kepimpinan baru untuk penggal 2017-2021 boleh dianggap paling sengit dalam sejarah berdasarkan senario semasa dengan ketiga-tiga jawatan tertinggi persatuan itu dipertandingkan.
Kafa mempunyai 10 ahli gabungan iaitu Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) yang diwakili lima perwakilan dan dua wakil daripada Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan dan Persatuan Bola Sepak Cina Kelantan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kepada 52 undi.
Kita tunggu keputusan pada 7 September ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan